Monday, 13 February 2012

KISAH KAKAK

Bismilliahirohmanirohim....

Tahun 2012 adalah tahun yang amat bermakna untuk kakak...kakak adalah anak dara aku..panggilan manja di rumah...Bermula tahun ini kakak akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar...cepat betul masa berlalu...macam tidak percaya anak aku sudah bersekolah..Pada awalnya aku hendak menghantar kakak ke sekolah yang terbaik tetapi disebabkan faktor kewangan yang tidak mengizinkan terpaksalah aku menghantar dia ke sekolah yang ditanggung oleh kerajaan iaitu sekolah Tadika KEMAS...Bayaran bulanan nya agak murah jika dibandingkan dengan sekolah Swasta yang terbaik itu...

Aku terpaksa melupakan hasrat aku untuk menghantar ke sekolah Swasta itu...hati agak terkilan juga..tetapi tidak mengapa..aku akan cuba membimbing kakak dengan sedaya upaya aku sehingga kakak berjaya..

...........................................

No comments:

Post a Comment