Tanggal 23hb Februari adalah hari kelahiran temanku...Dia gembira...dia suka..dia ria...berpesta sana sini..berhibur ke sana ke mari...bak kata dunia ini dia yang punya..aku?...Aku sekadar mengucapkan ucapan selamat untuk dia...Berpesta itu adalah mainan hidup dia...tidak mengapalah kerana dirinya bukan seorang muslim..aku tidak boleh hendak mengikut apa yang dia lakukan..berkawan itu boleh..mengikut cara apa yang dia lakukan itu tidak boleh..Aku kene berpegang teguh pada amalanku..aku kene bertegas pada diriku..pada imanku..ya allah..sesungguhnya aku bersyukur kerana ko tidak memesongkan hati aku ini untuk berhibur bersama...fikiran aku masih waras..aku masih boleh berfikir..
Aku sudah berkeluarga..temanku itu bujang..tidak mengapa pada dia...apa yang dia lakukan tiada siapa mahu menghalang dia..tetapi tidak pada aku..aku tidak boleh sewenang2nya membuat keputusan sendiri...aku sudah bersuami..sudah mempunyai anak..aku tidak boleh berlagak seperti orang bujang....apa jua perkara hendaklah dirujuk kepada suami aku...alhamdulillah kerana aku sedar akan diri aku...syukur kepadamu ya allah...biarlah temanku itu dengan dunianya...aku ingin bercerita tentang ini pula..
Tanggal 23 Feb cerita duka .....baru2 ini satu Malaysia digemparkan dengan cerita seorang anak kecil berusia 6 tahun memerlukan bantuan untuk membiayai kos perubatan. Ini adalah kerana si kecil itu menghidapi barah darah...masyaallah sungguh berat sekali ujian yang telah diberikan kepada allah terhadap anak kecil ini..selama 23 hari dia terlantar di hospital...semalam adalah berita yang sungguh menyedihkan keluarganya..si kecil itu telah menghadap ilahi..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya..aku melihat betapa tabahnya ibu dan bapa si kecil ini menghadapi ujian dari allah..Jikalau aku?...sukar untuk di luahkan...aku seorang insan yang lemah...lemah bila berhadapan dengan ujian allah..aku tidak kuat semangat..sedangkan aku melihat gambar anak kecil itu semasa sihat dan semasa sakit air mata aku jatuh berlinangan...ya allah.. betapa sedihnya aku... tidak sanggup rasanya hendak melihat gambar si kecil ini yang berselirat dengan wayar sana sini...
Melihat wajah mayat si kecil itu yang tenang...... lagi sekali air mata aku berlinang...aku terbayangkan anak aku...oh tuhan...ianya benar2 menyentuh perasaan aku..sedihnya tidak terkata...penderitaan anak kecil itu telah berakhir...innalillah...Alfatehah...semoga ko berbahagia di sana anak kecil...
Yours truly...
..................