Friday, 24 February 2012

Ada suka ada duka

Bismillahirohmanirohim...

Tanggal 23hb Februari adalah hari kelahiran temanku...Dia gembira...dia suka..dia ria...berpesta sana sini..berhibur ke sana ke mari...bak kata dunia ini dia yang punya..aku?...Aku sekadar mengucapkan ucapan selamat untuk dia...Berpesta itu adalah mainan hidup dia...tidak mengapalah kerana dirinya bukan seorang muslim..aku tidak boleh hendak mengikut apa yang dia lakukan..berkawan itu boleh..mengikut cara apa yang dia lakukan itu tidak boleh..Aku kene berpegang teguh pada amalanku..aku kene bertegas pada diriku..pada imanku..ya allah..sesungguhnya aku bersyukur kerana ko tidak memesongkan hati aku ini untuk berhibur bersama...fikiran aku masih waras..aku masih boleh berfikir..

Aku sudah berkeluarga..temanku itu bujang..tidak mengapa pada dia...apa yang dia lakukan tiada siapa mahu menghalang dia..tetapi tidak pada aku..aku tidak boleh sewenang2nya membuat keputusan sendiri...aku sudah bersuami..sudah mempunyai anak..aku tidak boleh berlagak seperti orang bujang....apa jua perkara hendaklah dirujuk kepada suami aku...alhamdulillah kerana aku sedar akan diri aku...syukur kepadamu ya allah...biarlah temanku itu dengan dunianya...aku ingin bercerita tentang ini pula..

Tanggal 23 Feb cerita duka .....baru2 ini satu Malaysia digemparkan dengan cerita seorang anak kecil berusia 6 tahun memerlukan bantuan untuk membiayai kos perubatan. Ini adalah kerana si kecil itu menghidapi barah darah...masyaallah sungguh berat sekali ujian yang telah diberikan kepada allah terhadap anak kecil ini..selama 23 hari dia terlantar di hospital...semalam adalah berita yang sungguh menyedihkan keluarganya..si kecil itu telah menghadap ilahi..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya..aku melihat betapa tabahnya ibu dan bapa si kecil ini menghadapi ujian dari allah..Jikalau aku?...sukar untuk di luahkan...aku seorang insan yang lemah...lemah bila berhadapan dengan ujian allah..aku tidak kuat semangat..sedangkan aku melihat gambar anak kecil itu semasa sihat dan semasa sakit air mata aku jatuh berlinangan...ya allah.. betapa sedihnya aku... tidak sanggup rasanya hendak melihat gambar si kecil ini yang berselirat dengan wayar sana sini...

Melihat wajah mayat si kecil itu yang tenang...... lagi sekali air mata aku berlinang...aku terbayangkan anak aku...oh tuhan...ianya benar2 menyentuh perasaan aku..sedihnya tidak terkata...penderitaan anak kecil itu telah berakhir...innalillah...Alfatehah...semoga ko berbahagia di sana anak kecil...



Yours truly...

..................

Tuesday, 14 February 2012

Cakap tak serupa bikin

Bismillahirohmannirohim....

Hari ini hari Rabu,..aku fikirkan hari ini adalah hari Khamis..Nasib baiklah aku tidak melatah..Faktor usia memainkan peranan,..ye ker?..atau aku ni banyak makan kepala ikan..selalu terlupa...Eh! seingat aku..aku tidak suka memakan kepala ikan ni...Seandainya ada orang belanja aku makan kari kepala ikan pun...aku tidak akan menyentuhnya...ye lah..mungkin faktor usia aku yang sudah mencakap di akhir2 3 siri ni...arghh lupakan sahaja perkara usia...

Hari ini aku akan memasak nasi ayam...sementara menggoreng tu aku ingin bercerita perihalaku manusia ni...Macam2 ragam dan karenah manusia ini..Apabila aku perhatikan di dalam mukabuku..berbagai2 status yang aku lihat,...berbagai luahan perasaan ada...kekadang itu lucu pun ada juga...Mana tidaknya...bercakap pasal agama kemain lagi...tetapi dirinya sendiri adalah sebaliknya...Melarang orang itu melakukan perkara sebegitu sebegini tetapi dirinya pula sanggup melakukannya...Manusia apakah ini...Mahu dikategorikan dia dalam apa?..

Aku memang jarang meletak status aku di mukabuku...ada masa jika aku fikir perlu..baru sahaja aku meletakknya...Jika aku fikir tidak perlu..aku senyap sahaja..Sekiranya aku kerap bubuh status aku pasti ada orang akan merasa benci mual dan meluat melihat tulisan aku itu...Untuk tidak membuatkan dan menambahkan dosa orang adalah lebih baik aku berdiam sahaja...orang kata menjadi silent reader sahaja...

Aku tidak fikir diri aku ini baik..Mana ada manusia yang sempurna..Setiap manusia ada kebaikan dan keburukannya...Untuk menambahkan bilangan pahala di saat aku sudah masuk waktu senja ini...adalah lebih baiknya aku beribadah ke jalan allah...bukan seperti manusia lain yang pandai bercakap sahaja..tetapi bikinnya belum tentu lagi...Ya allah..kau kuatkan lah hati aku menempuh segala dugaan mu ini..Janganlah kau pesongkan hati aku ni lagi ya allah...ya allah...ya allah...


Yourss Truly,
.............................

Monday, 13 February 2012

KISAH KAKAK

Bismilliahirohmanirohim....

Tahun 2012 adalah tahun yang amat bermakna untuk kakak...kakak adalah anak dara aku..panggilan manja di rumah...Bermula tahun ini kakak akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar...cepat betul masa berlalu...macam tidak percaya anak aku sudah bersekolah..Pada awalnya aku hendak menghantar kakak ke sekolah yang terbaik tetapi disebabkan faktor kewangan yang tidak mengizinkan terpaksalah aku menghantar dia ke sekolah yang ditanggung oleh kerajaan iaitu sekolah Tadika KEMAS...Bayaran bulanan nya agak murah jika dibandingkan dengan sekolah Swasta yang terbaik itu...

Aku terpaksa melupakan hasrat aku untuk menghantar ke sekolah Swasta itu...hati agak terkilan juga..tetapi tidak mengapa..aku akan cuba membimbing kakak dengan sedaya upaya aku sehingga kakak berjaya..

...........................................

MANUSIA YANG IRIHATI

Manusia yang beririhati sesama manusia ini adalah perosak bangsa... Pantang ada orang senang sikit...bermula la episod dia membenci orang itu...mengherotkan muka tanda tidak puas hati...apalah masalah mereka ini...kekadang aku pun tidak mengerti...adakah aku tersilap cakap..adakah dia menganggap aku ni berlagak?..hey come on la...kalau rasa aku ni berlagak atau pun sebaliknya berterus terang la...jangan dipendam di dalam hati...jangan di simpan hati yang busuk itu,...

Aku hanya mengiklankan rumah aku yang hendak dijual itu di dalam FB...kau seolah2 macam tidak puas hati pula...salah ke aku iklankan disitu..Hati aku terasa apabila kau bertanyakan kepada suamiku...bukan kepada aku...sedangkan kau adalah teman aku...sahabat aku..kawan aku...kenapa kau berubah sikap...Adakah kau ni seorang yang tidak boleh melihat orang lain lebih berbahagia daripada kau...berterus terang la wahai manusia...berterus terang lah...aku di dalam keadaan keliru...

.....................


Tuesday, 19 July 2011

BERUBAH KAH?

Bismillahirahmanirohim....

"No matter how big your house is, how flashy your car is or how expensive your clothes are, our graves are still going to be the same size...morning peeps!!"....status aku di fb...bermula dengan good respond dan ada juga yang condem...

Pada orang yang good respond tu alhamdulillah...pada yang condem tu pun alhamdulillah...pada fikirannya masih tidak betul apa yang aku perkatakan itu...mereka tidak bersetuju...aku geram..terasa hendak marah..hendak membalas semula apa yang diperkatakan itu...tetapi aku tahu aku masih belum cukup untuk melawan...nanti dikatakanya aku berlebih2an pula...sedangkan diri aku sendiri pun belum tentu betul lagi....oleh kerana syaitan menyukai api kemarahan, maka aku mempercepatkan dengan mengingati allah.....kita hidup di dunia ini hanya sementara sahaja...berdosa banyak ataupun berdosa sedikit bukanlah ukuran kita untuk menentukannya....kecuali diri tuan punya badan dan allah saja yang maha mengetahuinya...

Status aku ni bukan untuk ditujukan kepada orang tertentu atau pun apa...iannya sekadar untuk mengingati sesama muslim bahawa hidup ini janganlah berlaku sombong atau bongkak dengan kekayaan yang ada...harta yang kita ada ini tidak akan di bawa ke mati...hanya amalan kita saja yang akan kita bawa ke mati..tidak salahkan sekiranya kita ingat mengingati sesama muslim...mudahan-an kita sama2 dapat mengubah diri kite ke jalan Allah...insyallah...

Kenapa tetiba aku berubah begini...ini semua adalah kerana faktor umur aku yang sudah masuk setengah abad...kesedaran itu timbul apabila aku melihat perubahan ke atas kawan baik aku...dia sudah berhijrah ke jalan allah dengan berkat bimbingan suaminya...alhamdulillah...gembira aku dengan perubahannya...tetiba terlintas di kepala aku kenapa aku tidak boleh...sedangkan dahulu aku pernah melakukannya...tetapi aku membuatnya sambil lewa...tiada kekusyukkan yang berlaku di dalam diri aku...tetapi sekarang alhamdulillah setelah apa yang berlaku terhadap diri aku selama ini...aku sudah memula semula dengan mendekatkan diri aku ke jalan allah...bermula dengan solat 5 waktu dan ditambah pula dengan membaca ayat suci alquran setiap hari...semoga allah terus memberikan aku nur nyer agar aku tidak berubah hati lagi....ya allah masih banyak lagi yang aku perlu perbaiki...tetapkan lah hati aku ini agar tidak berlaku sombong dan bongkak...tetapkan lah hati aku untuk sentiasa merendah diri....

Sudah masuk solat zohor..aku harus mengundurkan diri untuk menunaikan kewajipannya...sampai masa bertemu lagi di lembaran ini...insyallah...amin...

Wassalam...


Wednesday, 29 June 2011

Melastik Ke Bintang

Blog ini blog baru aku. Sebelum ini aku ada membuka satu akaun tetapi ianya tidak mencapai tahap piawaian aku....Aku sepatutnya berblog dengan niat bukan untuk menjana pendapatan tetapi sebaliknya aku telah terpesong..sepatutnya aku berblog untuk meluahkan perasaan..bercerita tentang hal ehwal semasa..cerita tentang keluarga..bukan berblog untuk menjana pendapatan..dan berblog pun ntah apa2 cerita aku keluarkan..sehinggakan aku rasa apa yang telah aku buat ni..dengan post blog yang ntah apa-apa...oleh yang demikian aku telah mengambil keputusan untuk delete the account dan memuhasabahkan diri aku buat seketika...

Now em back wif the new fresh air...all new...tiada lagi berblog untuk menjana pendapatan..

Salam isra' mi'raj untuk seluruh umat muslimin n muslimat....